UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT JABATAN KETUA MENTERI UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT JABATAN KETUA MENTERI
PENYERAHAN KENDERAAN RASMI UPPM KAWASAN FASA KE-2

2023-02-03

Kota Kinabalu:
Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menyempurnakan
Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM),
bagi 21 unit UPPM Kawasan Dun yang bertempat di lobi utama, Menara Kinabalu pada pagi Jumaat.
Kenderaan rasmi ini diberikan kepada 73 pejabat UPPM secara berperingkat sejak lewat tahun 2022 hingga 2023.
Ia merupakan satu usaha kerajaan dan keperihatinannya di bawah Kerajaan Gabungan Rakyat (GRS).
Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah, YB Datuk Dr Haji Arifin Arif,
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untung,
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Sufian Alfian Nair,
Pengarah Yayasan Sabah, YB Dato Sri Haji Gulam Haidar Bahadar dan
Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negeri Sabah Datuk Haji Awang Kadin Tang.